Golden Avenue Street, USJ 18, Subang Jaya 2014

Golden Avenue Street, USJ 18, Subang Jaya 2014
27/02/2014

Monday, April 21, 2014

CONTACT FOR DETAILS

THE JPEG MAKER 
was Born on 27-April-2009


Layari:

  
      artsjpeg.blogspot.com (PENTING)



Email:
ajpeg@yahoo.com.my
      mag_company2020@yahoo.com.my
      artsjpeg@gmail.com 

Hubungi:

NAZRI TAHIR (014 7185439)  
AIZAT AMRI (012 4571699)  
HUSIN OTHMAN (017 5291440)

ARTIST STATEMENT

NAZRI TAHIR



AIZAT AMRI




 HUSIN OTHMAN



Thursday, April 17, 2014

PENGENALAN

A.    LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Projek ini bermula pada 27 April 2009 yang diberi nama sebagai "Vision Art Enterprise" dalam perkerjaan sambilan semasa belajar di peringkat diploma dari tahun 2007 – 2010 dan di peringkat ijazah sarjana muda dari tahun 2011 – 2013. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 26 March 2014 oleh sekumpulan pelajar berkelulusan ijazah sarjana muda Fakulti Rekaan dan Seni Halus di Universiti Teknologi Mara. Nama syarikat ini dipersetujui bersama-sama sekumpulan pelajar dan diberi nama JPEG STUDIO ART DEVELOPMENT ENT. (SA0291938-D). Kami penggiat industri seni visual kontemporari sepenuh masa. Daripada perbincangan bersama ahli kumpulan dan beberapa orang pensyarah, kami telah mendapat respon yang baik dan menjadikan projek ini sebagai kerjaya. Diusahakan secara bergerak bebas berkonsepkan lukisan mural mewarna dinding dengan gabungan pelbagai jenis teknik lukisan, idea pelanggan dan teknologi hijau dalam dasar ekonomi baru bagi keperluan para pelanggan bergantung kepada permintaan mengikut kesesuaian persekitaran. Antara projek yang di terima dari tahun 2009 – 2014 adalah seperti berikut:-
1.    Naiman Restoran, Melaka 2009-2010
2.    RSM- Restoran Seri Melaka 2010
3.    Restoran Bakau D’muara, Lumut Perak 2010
4.    MALAYSIAN BOOK OF WORLD RECORD- The Zone Complex, JB 2011
5.    SK Ulu Yam Bharu, Selangor 2011
6.    SK RASA, Hulu Selangor 2011
7.    SMK Seksyen 7, Shah Alam 2011
8.    Interior House Mural Décor Tropica, Kota Damansara, KL 2012
9.    Sekolah Agama Sek.3, Shah Alam 2012
10.  SMK Subang Bistari 2012
11.  Interior House Mural Décor, Tmn Melati, KL 2013
12.  Project Art 2.0 Street Art, MBSA, Shah Alam 2013
13.  Museum Rakyat Mural, Melaka 2013
14.  NCI (National Cancer Institute), Putrajaya, KL 2013
15.  Mural explorer publika 2013
16.  Taska Smart Khalifah 2013
17.  Street Art Project 07, Sek7 Shah Alam 2014
18.  Golden Avenue Street, USJ 18, Subang Jaya 2014

B.    VISI DAN MISI
Visi: Mengetengahkan industri seni visual kontemporari tanah air ke mata dunia.
Misi: Berkarya dalam perspektif perniagaan pelanggan.

C.    PERSPEKTIF DAN SASARAN

  1. PENGENALAN

1.1.PERSPEKTIF
Setelah memahami keperluan dan kehendak para pelanggan, JPEG STUDIO ART DEVELOPMENT ENT. (SA0291938-D) berusaha untuk meyakinkan para pelanggan dengan matlamat ‘era 2020’ dan keunikan. Dengan ini wujudlah slogan “THE JPEG MAKER.” bermaksud  MURAL ART ADVERTISING.
Perkhidmatan Utama:   lukisan mewarna dinding dalaman dan luaran (MURAL)
                                       adalah sejenis lukisan warna yang melukis (berkarya) pada permukaan dinding dan simbolik sebagai hiasan dalaman rumah “interior design” dan diutamakan pada hiasan luaran rumah.
1.2.KONSEP KERJAYA
THE JPEG MAKER diusahakan secara kerja berat bebas berkonsepkan lukisan mewarna dinding dengan gabungan pelbagai jenis teknik lukisan dan teknologi hijau dalam dasar ekonomi baru bagi keperluan para pelanggan bergantung kepada permintaan mengikut kesesuaian persekitaran.

1.3.MATLAMAT PERTUBUHAN
THE JPEG MAKER berusaha memenuhi permintaan para pelanggan dengan membekalkan beberapa idea dan jenis tenik rekaan lukisan untuk pilihan pelanggan dengan harga pasaran sekarang.
Slogan THE JPEG MAKER adalah MURAL ART ADVERTISING bermaksud karya seni yang lebih kreativiti dan berinovasi dengan bertujuan sebagai pengiklanan dalam dasar ekonomi baru bagi keperluan para pelanggan bergantung kepada permintaan mengikut kesesuaian persekitaran dari hasil seni tangan seorang pelukis dan nilai-nilai estetika yang dapat di terapkan ke dalam lukisan.

1.4.SASARAN PASARAN
Kawasan perniagaan, pejabat, perumahan, pembangunan, hiasan dalaman rumah, hospitality, hotel, sekolah, masjid, kawasan Bandar yang berhampiran dengan pusat perdagangan, tempat perlancongan dan negara.

1.5.SASARAN PENGGUNA
Pelanggan yang mementingkan mutu lukisan dan masyarakat umum seperti kanak-kanak, remaja, dewasa ibu bapa dan rakyat.

1.6.RANCANGAN JUALAN YANG STRATEGIK
THE JPEG MAKER diusahakan untuk membantu para pelanggan meningkatkan mutu hasil pelbagai perniagaan dan meceriakan suasana di kawasan persekitaran.

1.7.FAKTOR PERNIAGAAN
1.    Perniagaan yang menuju ke arah dasar ekonomi baru dan teknologi hijau.
2.    Perniagaan dalam perspektif sosial kemasyarakatan.
3.    Mempertengahkan lagi industri seni visual kontemporari tanah air ke mata dunia.
4.   Menggalakkan ramai pelukis khususnya dari golongan belia untuk berkarya dengan lebih kreatif dan inovatif.
5. Munyuntik nilai-nilai murni ke dalam karya bertujuan untuk pemahaman dan kesedaran.

1.8.KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN PERNIAGAAN
Perniagaan dari hasil tangan seorang pelukis dan nilai-nilai estetika yang dapat di terapkan ke dalam lukisan.

1.9.KELAINAN PERNIAGAAN
1.    Mempersembahkan satu pengiklanan baru kepada masyarakat.
2.    Terdiri daripada rakan artist yang berlainan gaya pengkaryaan.
3.    Komunikasi antara karya dan masyarakat berlaku.
4.    Kebolehan mengurus bahan mentah dalam kuantiti yang pukal.
5.    Penggunaan medium cat yang berkualiti tinggi.
6.    Kebolehan untuk melukis dalam skala yang besar.

1.10.              UNSUR DAN PRINSIP REKABENTUK
Menggunakan unsur manusia, landskap, objek dan alam sekitar serta idea sebagai subjek utama. Pemahaman isi kandungan mesej pada lukisan mural dapa memberi kesedaran dan manfaat kepada masyarakat bahawa mereka boleh berkomunikasi menggunakan dinding.

1.11.              TUJUAN DAN MATLAMAT PERNIAGAAN
1.    Inginkan sesuatu yang baru.
2.    Inginkan suasana yang ceria.
3.    Ingin sampaikan inspirasi hidup.
4.    Ingin memberikan suatu ungkapan kepada masyarakat.
5.    Ingin berkongsi dan sampaikan sesuatu pesanan yang terkandungan.
6.    Ingin mewujudkan persekitaran kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.
7.    Salah satu sosial media.
8.    Menuju ke arah dasar ekonomi baru dan teknologi hijau.

1.12.              KEBAIKAN LUKISAN MURAL TERHADAP PERNIAGAAN PELANGGAN DAN MASYARAKAT
1.    Dapat menarik perhatian pelanggan baru untuk berkunjung
2. Sebagai daya tarikan para pelancong tempatan sekaligus pelancong luar (antarabangsa).
3.    Menjadikan kawasan persekitaran lebih menarik, aman, cantik dan indah.
4.    Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlngan, akuntabiliti dan integrity dalam melaksanakan tugas.
5.    Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme secara berterusan.
6.    Keunikan cara pengiklanan dalam menyampaikan tujuan.
7.    Dapat menyelesaikan dan membantu masalah kepada pelanggan yang mahukan “exterior design” yang tahan lasak.
8.    Dapat menaikkan dasar ekonomi baru dalam perniagaan mahupun negara

1.13.              PERSAINGAN PERNIAGAAN
Perniagaan
Wallpaper
Mural Painting
Kekuatan
·         Mudah direka
·         Mudah dipasang
·         Pelbagai rekaan
·         Tahan lama
·         Mudah di bersihkan
·         Lebih menarik
·         Mesej mudah disampaikan
·         Boleh ‘touch–up’
·         Boleh direka pada dinding di luar dan dalam
Kelemahan
·         Tidak tahan lama
·         Tidak dapat pelbagai rekaan mengikut pelanggan
·         Mudah terbakar
·         Mudah koyak
·         Memberi kesan pada dinding asal
·         Tidak boleh buat pada dinding di luar persekitaran
·         Saiz pixel gambar menjadi besar

HARGA SEBUAH MURAL DINDING

                                     PROSES PENGIRAAN HARGA
Persaingan harga syarikat ini berbanding dengan syarikat lain wujud berdasarkan strategi yang bermotifkan rekaan, teknik dan unsur yang diterapkan dalam lukisan. Harga setiap lukisan bergantung kepada rekaan dan teknik termasuk kualiti rekaan dan hasil lukisan yang dapat memuaskan para pelanggan.

Kiraan untuk lukisan mural dinding mengikut ukuran kaki persegi dan bergantung kepada mengikut harga kategori warna. Ia juga di ambil kira, rekaan lukisan mengikut idea dan pemilihan rekaan pelanggan dan berapa orang pelukis artis dalam projek tersebut. Cara-cara pengiraan tersebut adalah seperti berikut:-

Dinding
Harga Maksimum (RM)
1 kaki x 1 kaki persegi (A)
15.00 (warna)
Rekaan Lukisan (B)
10% (daripada keluasan dinding)
Artis (C)
250.00 (seorang)


1 kaki x 1 kaki persegi (A)
Warna
Harga (RM)
Putih – Kelabu – Hitam
9.00
Putih – Merah – Hitam 
11.00
Putih – Biru – Hitam
11.00
Putih – Hijau – Hitam
11.00
Putih – Kuning – Hitam
11.00
Putih – Unggu – Hitam
13.00
Putih – Coklat – Hitam
13.00
Putih – Jingga – Hitam
13.00
Kuning – Jingga – Merah – Coklat – Hitam
15.00
Kuning – Hijau – Biru – Unggu – Hitam
15.00
Warna Asal
17.00 – 20.00

Contoh :

(A) 20 kaki x 10 kaki  = 200 kaki
                                     = 200 kaki X RM15.00 (warna)
                                     = RM3000.00
    
(B) Rekaan Lukisan  = 10% x RM3000.00
                                    = RM300.00

(C) Artis                     = RM250 x 2 orang
                                    = RM500.00

Harga keseluruhan:

= (A) + (B) + (C)

= RM3000.00 + RM300.00 + RM500.00
       
= RM3800.00 (8 hari dalam keluasan dinding 200' kaki 

                     persegi)


**Perbandingan antara harga jubin, ceramic, mozek, batu kapur dan kaca dengan kelebihannya tersendiri.

Surat Proses Pembayaran

SURAT PENGAKUAN

Kepada:
_____________________________

_____________________________

_____________________________                                                                 ________________,


 Tuan / Puan.             
                                                                                     
Kenyataan Mengenai Proses Pembayaran Projek

Salam Sejahtera,

            Adalah dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pembayaran untuk projek mural di ___________ milik Tuan/Puan adalah sebanyak RM___________. Bayaran deposit sebanyak RM___________ (30%) diperlukan bagi memulakan proses projek ini.
            Turut dinyatakan disini bahawa, setelah 50% projek ini dijalankan, pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak RM___________ (50%) sebagai cagaran bagi menyambung semula proses projek. Setelah selesai 90% proses bagi projek ini, Tuan/Puan diharapkan agar dapat melunaskan baki pembayaran sebanyak RM___________(20%) bagi menyempurnakan proses projek dan kekemasan dijalankan. Segala proses bagi projek ini dapat dilihat seperti jadual di bawah:

HARI
PROJEK
  HARGA(RM)
TANDATANGAN
    Pengurus artis
Pelanggan
1
Jumlah pembayaran




1
    Penyerahan deposit 30%

   
   Hasil proses lukisan 50%
Pembayaran(RM) 50%




   Hasil proses lukisan 90%
Pembayaran(RM) 20%




JUMLAH


Jika didapati pihak Tuan/Puan tidak dapat membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan seperti di atas, kami tidak akan melakukan proses kerja selanjutnya demi untuk kepuasan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat diharapkan.
Sekian terima kasih,



-----------------------
JPEG STUDIO ART DEVELOPMENT ENT.

012-4571699 (MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN AMRI – 890914-08-6013)
014-7185439 (MUHAMMAD NAZRI BIN TAHIR – 890805-10-5027)
017-5291440 (HUSIN BIN OTHMAN – 870317-08-5735)